VITAMIN

Vitamin merupakan satu dari 6 jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Ia membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. Sumber semula jadi vitamin boleh didapati dari makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis vitamin telah hilang semasa memasak, memproses atau menyimpan makanan. Jika seseorang itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin maka vitamin tambahan hendaklah diambil. Kita perlu berhati-hati apabila mengambil vitamin tambahan ini, kerana sesetengah vitamin hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja. Keperluan ini pula adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina dan aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu yang larut dalam air dan yang larut dalam lemak.

VITAMIN LARUT DALAM AIR

  • Ia lebih cepat dikeluarkan dari badan, oleh itu pengambilannya setiap hari adalah perlu.
  • Mudah hilang semasa memasak makanan.
  • Vitamin B1, B2, B6, B12, , C, Niasin, asid pantoterik, asid folik, biotin

VITAMIN LARUT DALAM LEMAK

  • Larut dalam minyak
  • Disimpan di dalam hati dan tisu lemak kemudiannnya dikeluarkan secara perlahan
  • Vitamin A, D, E, K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: