LEMAK

LEMAK

Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.

Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.

Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori.

(a)Asid lemak tepu

Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik.Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan.

(b)Asid lemak tidak tepu

Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

KOLESTROL

Komponen lemak yang utama ialah gliserol dan asid lemak. Selain itu terdapat juga komponen lemak lain seperti fosfolipid dan sterol. Kolesterol pula adalah sejenis sterol yang terdapat dalam makanan sumber haiwan dan dihasilkan juga oleh tubuh.

Sekiranya pengambilan kolesterol dalam diet tinggi, arteri akan menjadi tebal kerana pemendapan kolesterol. Oleh itu pengaliran darah tidak sempurna.Kandungan kolesterol dapat dikurangkan dengan memakan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti lemak daripada tumbuhan.

Kolestrol boleh terbina pada bahagian lining carotid dalaman arteri yang terkoyak

Kolestrol boleh terbina pada bahagian lining carotid dalaman arteri yang terkoyak

FUNGSI LEMAK

  • Memberi haba dan tenaga

-Setiap satu garam lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.

  • Melindungi organ tubuh yang penting

-Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.

  • Mengawal suhu tubuh

-Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.

  • Pelarut vitamin

-Vitamin A,D,E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.

  • Melambatkan rasa lapar

-Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.

KEKURANGAN LEMAK :

Kekurangan lemak menyebabkan:

  • Kulit menjadi kering.
  • Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan.
  • Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan.
  • Cepat merasa lapar.

BERLEBIHAN LEMAK

-Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah.

-Pengambilan lamak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung.

KEPERLUAN HARIAN LEMAK

-Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu.Lemak membekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.

-Individu yang mempunyai masalah berat tubuh da penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: