Archive for the PERANAN MAKANAN DALAM MAKANAN & PEMAKANAN Category

MENTENTERAMKAN FIKIRAN

Posted in *MENTENTERAMKAN FIKIRAN* on February 18, 2010 by fadhillah00

Emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak stabil disebabkan kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika

GANJARAN MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU

Posted in *GANJARAN MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU* on February 18, 2010 by fadhillah00

Tingkah laku individu merupakan sebahagian daripada personaliti. Personaliti dapat diperbaiki melalui makanan. Contoh, apabila seorang kanak-kanak bersikap positif, ia akan diberi makanan yang digemari. Jika kanak-kanak itu bersikap negatif, makanan yang digemari itu tidak akan diberi. Sekiranya pengukuhan itu dibuat berulang kali, tingkah laku dapat diperbaiki dan personalitinya akan berubah.

MENGGAMBARKAN STATUS KEHIDUPAN

Posted in *MENGGAMBARKAN STATUS KEHIDUPAN* on February 18, 2010 by fadhillah00

Apabila individu berjaya dalam kerjayanya, pendapatannya akan bertambah. Oleh itu individu tersebut mampu membuat pilihan makanan dan tempat menjamu selera yang lebih mewah. Jika individu berpendapatan rendah, pilihan jenis makanan dan tempat menjamu selera akan berbeza dengan mereka yang berpendapatan tinggi.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Posted in *PERKEMBANGAN SOSIAL* on February 18, 2010 by fadhillah00

Perhubungan antara individu merupakan aspek penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan berkomuniti. Keharmonian diperoleh daripada persefahaman dan perhubungan mesra yang yang seringkali diwujudkan semasa makan bersama keluarga dan rakan.

SUMBER NUTRIEN

Posted in *SUMBER NUTRIEN* on February 18, 2010 by fadhillah00

Makanan membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari segi fizikal, fisiologi dan kimia.

makanan seimbang

FUNGSI TUBUH DARI SEGI FIZIKAL

i ) Pertumbuhan

FUNGSI TUBUH DARI SEGI FISIOLOGI DAN KIMIA

* Penggunaan cecair

Air yang kita minum akan digunakan bagi memenuhi keperluan tubuh seperti dalam proses pencernaan, sistem perkumuhan dan untuk melicinkan sendi dan membran.

* Pembekuan darah

Dengan adanya menadion(Vitamin K) dalam diet, fibrin boleh dibentuk. Fibrin ini berguna untuk pembekuan darah semasa kita luka.

* Keaktifan enzim

Protein dari sumber haiwan dan tumbuhan digunakan oleh tubuh bagi membina berbagai-bagai jenis enzim dalam proses pertumbuhan seprti pencernaan makanan.

* Pengawalan suhu tubuh

Lemak dan karbohidrat yang kita makan daripada daging, marjerin, bijirin dan minyak sayur-sayuran berfungsi sebagai sumber haba dan tenaga. Dengan adanya haba, tenaga, dan air, tubuh dapat mengawal dan mengekalkan suhu yang normal.

* Pengeluaran tenaga

Sumber makanan dari lemak dan karbohidrat seperti nasi, roti, daging, dan mentega membekalkan tenaga untuk membolehkan kita bergerak dan menjalankan aktiviti seharian.

* Sistesis protein tubuh

Makanan daripada protein seperti ayam, ikan, dan kekacang akan dicernakan oleh tubuh untuk membina sel yang mati, membentuk otot dan organ fetus, dan membina antibody bagi membunuh kuman.

PERANAN MAKANAN DALAM MAKANAN & PEMAKANAN

Posted in PERANAN MAKANAN DALAM MAKANAN & PEMAKANAN on February 18, 2010 by fadhillah00

Makanan mempunyai berbagai-bagai peranan dalam kehidupan. Peranan makanan yang penting adalah seperti berikut :

a ) Sumber nutrien

b ) Perkembangan sosial

c ) Menggambarkan status kehidupan

d ) Ganjaran mempengaruhi tingkah laku

e ) Mententeramkan fikiran

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.