Archive for the JENIS-JENIS NUTRIEN PADA MAKANAN Category

GARAM MINERAL

Posted in *GARAM MINERAL* on February 19, 2010 by fadhillah00
  • Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.
  • Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus, besi, iodin, natrium dan fluorin.

buah-buahan

CONTOH GARAM MINERAL SERTA FUNGSI DAN KEKURANGAN

Garam mineral Fungsi Kesan kekurangan
Kalsium Membina tulang dan gigi yang kuat.

Diperlukan untuk pembekuan darah.

Untuk pengecutan otot.

Riket pada kanak-kanak.

Osteomalasia pada dewasa.

Darah lambat membeku.

Kekejangan otot.

Magnesium Pembinaan tulang.

Pengaktif enzim.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Fungsi otot dan saraf terjejas.
Besi/Ferum Untuk membentuk hemoglobin. Anemia.
Natrium Menetapkan tekanan osmosis darah.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Kekejangan otot.
Kalium Menetapkan tekanan osmosis darah.

Untuk fungsi normal otot dan saraf.

Jarang berlaku.
Iodin Untuk membentuk hormon tiroksina yang mengawal pertumbuhan. Beguk pada dewasa.

Kretinisme pada kanak-kanak

Fosforus Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.

Pembentukan ATP dalam respirasi sel.

Tulang dan gigi rapuh.

Kurang penghasilan tenaga.

Fluorin Pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Penyakit karies gigi.

VITAMIN

Posted in *VITAMIN* on February 19, 2010 by fadhillah00

Vitamin merupakan satu dari 6 jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Ia membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. Sumber semula jadi vitamin boleh didapati dari makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis vitamin telah hilang semasa memasak, memproses atau menyimpan makanan. Jika seseorang itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin maka vitamin tambahan hendaklah diambil. Kita perlu berhati-hati apabila mengambil vitamin tambahan ini, kerana sesetengah vitamin hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja. Keperluan ini pula adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina dan aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu yang larut dalam air dan yang larut dalam lemak.

VITAMIN LARUT DALAM AIR

  • Ia lebih cepat dikeluarkan dari badan, oleh itu pengambilannya setiap hari adalah perlu.
  • Mudah hilang semasa memasak makanan.
  • Vitamin B1, B2, B6, B12, , C, Niasin, asid pantoterik, asid folik, biotin

VITAMIN LARUT DALAM LEMAK

  • Larut dalam minyak
  • Disimpan di dalam hati dan tisu lemak kemudiannnya dikeluarkan secara perlahan
  • Vitamin A, D, E, K

LEMAK

Posted in *LEMAK* on February 19, 2010 by fadhillah00

LEMAK

Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.

Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.

Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori.

(a)Asid lemak tepu

Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik.Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan.

(b)Asid lemak tidak tepu

Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

KOLESTROL

Komponen lemak yang utama ialah gliserol dan asid lemak. Selain itu terdapat juga komponen lemak lain seperti fosfolipid dan sterol. Kolesterol pula adalah sejenis sterol yang terdapat dalam makanan sumber haiwan dan dihasilkan juga oleh tubuh.

Sekiranya pengambilan kolesterol dalam diet tinggi, arteri akan menjadi tebal kerana pemendapan kolesterol. Oleh itu pengaliran darah tidak sempurna.Kandungan kolesterol dapat dikurangkan dengan memakan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti lemak daripada tumbuhan.

Kolestrol boleh terbina pada bahagian lining carotid dalaman arteri yang terkoyak

Kolestrol boleh terbina pada bahagian lining carotid dalaman arteri yang terkoyak

FUNGSI LEMAK

  • Memberi haba dan tenaga

-Setiap satu garam lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.

  • Melindungi organ tubuh yang penting

-Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.

  • Mengawal suhu tubuh

-Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.

  • Pelarut vitamin

-Vitamin A,D,E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.

  • Melambatkan rasa lapar

-Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.

KEKURANGAN LEMAK :

Kekurangan lemak menyebabkan:

  • Kulit menjadi kering.
  • Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan.
  • Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan.
  • Cepat merasa lapar.

BERLEBIHAN LEMAK

-Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah.

-Pengambilan lamak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung.

KEPERLUAN HARIAN LEMAK

-Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu.Lemak membekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.

-Individu yang mempunyai masalah berat tubuh da penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

KARBOHIDRAT

Posted in *KARBOHIDRAT* on February 19, 2010 by fadhillah00

FUNGSI KARBOHIDRAT

  • Membekalkan haba dan tenaga

Setelah dicerna, karbohidrat akan ditukarkan kepada glukosa.Kemudian darah akan membawa glukosa tersebut ke sel darah.Semasa proses oksidasi, setiap satu gram glukosa menghasilkan 17 kiloJoule tenaga.Glukosa yang berlebihan akan disimpan di hati dan di otot dalam bentuk glikogen dan akan ditukarkan kepada glukosa semula apabila perlu.

  • Mengawal penggunaan lemak dan protein

Keseimbangan nutrien lemak dan protein, dan karbohidrat akan mendapat mengelakkan penyakit kekurangan nutrient makanan.

  • Menjimatkan penggunaan protein

Apabila karbohidarat mencukupi dalam diet, protein tidak akan digunakan untuk menghasilkan haba dan tenaga tetapi hanya untuk pertumbuhan dan membaiki tisu.

  • Keperluan harian karbohidrat

Tenaga dan haba diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Daripada jumlah kalori seharian yang diperlukan, sebanyak 50 peratus hingga 60 peratus adalah daripada karbohidarat. Keperluan ini akan bertambah mengikut aktiviti individu.

KEKURANGAN KARBOHIDRAT

Kekurangan karbohidrat menyebabkan:

  • Kelaparan,keletihan, dan kesejukan.
  • Tubuh menggunakan dahulu simpanan lemak dan dalam keadaan kekurangan karbohidrat yang serius, protein dalam gentian otot akan digunakan untuk membekalkan haba dan tenaga.
  • Berat tubuh individu jika keadaan ini berlarutan . Pertumbuhan tubuh terganggu dan kulit menjadi kering, kecut serta kasar.
  • Mudah dijangkiti penyakit kekurangan

BERLEBIHAN KARBOHIDRAT

  • Karbohidrat yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen.Glikogen akan ditukar menjadi lemak dan disimpan di bawah kulit menjadi tisu adipos.Berat tumbuh akan bertambah dan obes boleh terjadi jika lemak ini tidak digunakan.

PROTEIN

Posted in *PROTEIN* on February 19, 2010 by fadhillah00

Protein berasal dari bahasa Yunani proteios yang berarti pertama atau utama. Protein merupakan makromolekul yang menyusun lebih dari separuh bagian dari sel. Protein menentukan ukuran dan struktur sel, komponen utama dari sistem komunikasi antar sel serta sebagai katalis berbagai reaksi biokimia di dalam sel. Karena itulah sebagian besar aktivitas penelitian biokimia tertuju pada protein khususnya hormon, antibodi dan enzim.

Semua jenis protein terdiri dari rangkaian dan kombinasi dari 20 asam amino. Setiap jenis protein mempunyai jumlah dan urutan asam amino yang khas. Di dalam sel, protein terdapat baik pada membran plasma maupun membran internal yang menyusun organel sel seperti mitokondria, retikulum endoplasma, nukleus dan badan golgi dengan fungsi yang berbedabeda tergantung pada tempatnya. Protein – protein yang terlibat dalam reaksi biokimiawi sebagian besar berupa enzim banyak terdapat di dalam sitoplasma dan sebagian terdapat pada kompartemen dari organel sel.

Protein merupakan kelompok biomakromolekul yang sangat heterogen. Ketika berada di luar makhluk hidup atau sel, protein sangat tidak stabil. Untuk mempertahankan fungsi dan nya, setiap jenis protein membutuhkan kondisi tertentu ketika diekstraksi dari normal biological milieu. Protein yang diekstraksi hendaknya dihindarkan dari proteolisis atau dipertahankan aktivitas enzimatiknya.

1.        Protein terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan nitrogen. Sesetengah protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.

2.            Unit asas molekul protein ialah asid amino.

3.            Protein boleh terbahagi kepada dua kelas, iaitu protein kelas pertama dan protein kelas kedua.

4.            Fungsi utama protein adalah:

  • Membina sel-sel baru
  • Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
  • Membina enzim dan hormon
  • Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.

5.        Kekurangan protein akan menyebabkan penyakit kwasyiorkor.

JENIS-JENIS NUTRIEN PADA MAKANAN

Posted in JENIS-JENIS NUTRIEN PADA MAKANAN on February 18, 2010 by fadhillah00
  • PROTEIN
  • KARBOHIDRAT
  • LEMAK
  • VITAMIN
  • GARAM MINERAL
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.