SUMBER NUTRIEN

Makanan membekalkan nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh boleh didapati daripada bahan makanan seperti sumber haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari segi fizikal, fisiologi dan kimia.

makanan seimbang

FUNGSI TUBUH DARI SEGI FIZIKAL

i ) Pertumbuhan

FUNGSI TUBUH DARI SEGI FISIOLOGI DAN KIMIA

* Penggunaan cecair

Air yang kita minum akan digunakan bagi memenuhi keperluan tubuh seperti dalam proses pencernaan, sistem perkumuhan dan untuk melicinkan sendi dan membran.

* Pembekuan darah

Dengan adanya menadion(Vitamin K) dalam diet, fibrin boleh dibentuk. Fibrin ini berguna untuk pembekuan darah semasa kita luka.

* Keaktifan enzim

Protein dari sumber haiwan dan tumbuhan digunakan oleh tubuh bagi membina berbagai-bagai jenis enzim dalam proses pertumbuhan seprti pencernaan makanan.

* Pengawalan suhu tubuh

Lemak dan karbohidrat yang kita makan daripada daging, marjerin, bijirin dan minyak sayur-sayuran berfungsi sebagai sumber haba dan tenaga. Dengan adanya haba, tenaga, dan air, tubuh dapat mengawal dan mengekalkan suhu yang normal.

* Pengeluaran tenaga

Sumber makanan dari lemak dan karbohidrat seperti nasi, roti, daging, dan mentega membekalkan tenaga untuk membolehkan kita bergerak dan menjalankan aktiviti seharian.

* Sistesis protein tubuh

Makanan daripada protein seperti ayam, ikan, dan kekacang akan dicernakan oleh tubuh untuk membina sel yang mati, membentuk otot dan organ fetus, dan membina antibody bagi membunuh kuman.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: